Saturday, January 26, 2013

KLCC Digodam!

Baru-baru ini, [KH] menerima maklumat daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Haboque Ferus, yang beliau telah berjaya menggodam papan iklan elektronik di Suria KLCC. Menurut beliau, kejadian ini berlaku pada ketika rakyat Malaysia asyik berseronok hendak menyambut kemerdekaan negara yang ke-55.

Gambar-gambar ini jelas menunjukkan perkataan "haboque" tertera ni skrin papan iklan elektronik terbabit.


Menurut beliau, radio frekuensi elektronik komputer di KLCC menggunakan Advanced Encryption Standard (AES) 128. AES ialah "cryptographic algorithm" yang digunakan untuk melindungi data digital. Dengan menggunakan telefon bimbit model Blackberry kepunyaan beliau yang telah diubahsuai, beliau mencari frekuensi radio di sekitar KLCC dan telah menjumpai komputer yang bertanggungjawab mengawal papan iklan elektronik. Selepas berjaya mengakses komputer tersebut, beliau menggantikan iklan dengan mesej "error" seperti di dalam gambar di atas.

Menurut beliau lagi, cubaan ini dilakukan atas dasar rasa ingin tahu dan ingin mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Beliau juga menyatakan bahawa tahap keselamatan di KLCC itu kuat cuma kelalaian pihak KLCC yang membolehkan beliau melakukan cubaan ini.

Sejauh mana kebenaran cerita Haboque Ferus ini, cuma dapat dibuktikan dengan gambar-gambar di atas. Jikalau cerita ini benar, [KH] mengucapkan syabas kepada Haboque Ferus kerana dengan rasa ingin tahu beliau, beliau telah menunjukkan bahawa sistem keselamatan di KLCC masih berada di tahap yang rendah.

[KH] berharap pihak berwajib di KLCC dapat ambil tindakan dengan segera kerana tidak mustahil ada ramai lagi yang mampu lakukan seperti apa yang Haboque Ferus ini lakukan, terutamanya untuk melindungi sistem dari diakses oleh orang yang berniat jahat.


Sumber: KenaHack.com

#korang boleh buat ke? hekes sebenar tuh... ^_^

1 comment:

  1. Klcc Digodam! ~ Cyberworld >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Klcc Digodam! ~ Cyberworld >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Klcc Digodam! ~ Cyberworld >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK KL

    ReplyDelete